PERKHIDMATAN PELANGGAN

Posted On September 17, 2007

Dikirim dalam Uncategorized

Comments Dropped tinggalkan respons

Menjaga Hati Pelanggan

Pelanggan berpuas-hati dengan layanan anda? Mungkin ya, mungkin tidak. Kepuasan pelanggan amat berkait rapat dengan kejayaan produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan yang tidak berpuas-hati mampu membawa pergi bakal pelanggan anda. Begitu juga sebaliknya. Pelanggan diibaratkan sebagai lombong emas yang perlu dijaga sebaik mungkin. Tanpa mereka, tiada perniagaan yang berjaya. Peranan pelanggan amatlah besar impaknya kepada perusahaan anda. Oleh itu, penting untuk anda mempelajari ilmu akan perkhidmatan pelanggan. Hanya untuk mengetahui teknik dan cara yang betul menjaga hati pelanggan supaya kesinambungan perniagaan tidak terhenti disitu sahaja. Perkara pertama dalam perkhidmatan pelanggan adalah bagaimana pelanggan tersebut harus dilayan dan dijaga hatinya. Pelanggan sekarang lebih cerewet dan lebih sukar untuk dijaga serta dipuaskan. Bukan bermakna pelanggan sekarang lebih liar. Cuma banyak pilihan yang ada membuatkan mereka mudah memilih yang mana satu mereka berkenan. Pelanggan suka dilayan seperti raja. Apa yang mereka inginkan perlu dipenuhi. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan seorang lagi pelanggan (atau mungkin beratus, malah beribu). Hargailah pelanggan anda. Berikan satu perasaan senang dihati mereka. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa mengingati anda dan akan kembali mendapatkan produk atau perkhidmatan dari anda. Semasa melayan pelanggan anda, sentiasalah membayangkan pulangan yang akan anda terima.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.