Mengapa Pelanggan Lari?
September 24, 2007
Dikirim dalam Uncategorized
Label: Pelanggan, Perkhidmatan, Perniagaan
Pelanggan setia akan tetap menjadikan anda sebagai punca mendapatkan produk atau perkhidmatan. Tetapi pelanggan setia juga boleh beralih ke tempat lain. Mari kita lihat peratusan kenapa pelanggan-pelanggan ‘lari’ meninggalkan anda. 1% - Meninggal dunia 3% - Berpindah ke tempat lain 4% - Membeli mengikut emosi 5% - Bertukar atas pujukan rakan-rakan 9% - Harga yang murah di tempat lain 10% - Seorang kaki komplen 68% - Ke tempat lain kerana tidak mendapat layanan sepatutnya Cuba anda teliti, apakah penyebab paling besar ‘hilangnya’ para pelanggan anda? Dari situ kita dapati pentingnya perkhidmatan kepada pelanggan.
PERKHIDMATAN PELANGGAN
Menjaga Hati Pelanggan
Pelanggan berpuas-hati dengan layanan anda? Mungkin ya, mungkin tidak. Kepuasan pelanggan amat berkait rapat dengan kejayaan produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan yang tidak berpuas-hati mampu membawa pergi bakal pelanggan anda. Begitu juga sebaliknya. Pelanggan diibaratkan sebagai lombong emas yang perlu dijaga sebaik mungkin. Tanpa mereka, tiada perniagaan yang berjaya. Peranan pelanggan amatlah besar impaknya kepada perusahaan anda. Oleh itu, penting untuk anda mempelajari ilmu akan perkhidmatan pelanggan. Hanya untuk mengetahui teknik dan cara yang betul menjaga hati pelanggan supaya kesinambungan perniagaan tidak terhenti disitu sahaja. Perkara pertama dalam perkhidmatan pelanggan adalah bagaimana pelanggan tersebut harus dilayan dan dijaga hatinya. Pelanggan sekarang lebih cerewet dan lebih sukar untuk dijaga serta dipuaskan. Bukan bermakna pelanggan sekarang lebih liar. Cuma banyak pilihan yang ada membuatkan mereka mudah memilih yang mana satu mereka berkenan. Pelanggan suka dilayan seperti raja. Apa yang mereka inginkan perlu dipenuhi. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan seorang lagi pelanggan (atau mungkin beratus, malah beribu). Hargailah pelanggan anda. Berikan satu perasaan senang dihati mereka. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa mengingati anda dan akan kembali mendapatkan produk atau perkhidmatan dari anda. Semasa melayan pelanggan anda, sentiasalah membayangkan pulangan yang akan anda terima.
Persaingan?
Sengitnya sesuatu persaingan adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang kita tawarkan. Perniagaan konvensional juga mempunyai persaingan yang tidak kurang sengitnya.
Sememangnya kita tidak boleh lari dari persaingan, persaingan adalah untuk dihadapi dan ditempuhi. Bukanlah perniagaan namanya jika tiada persaingan. Jadi, sebagai seorang peniaga kita perlu bijak menanganinya.
Sesuatu saingan itu bergantung kepada jenis perniagaan atau perkhidmatan. Untuk mengurangkan sesuatu saingan, kita perlu tawarkan yang lebih baik dari para pesaing.
Sebagai contoh, kita mengetahui ramai yang menjual pakaian wanita didunia internet. Sebagai seorang yang peka dan berfikir diluar kotak, tidak perlulah kita ikuti langkah-langkah pesaing kita. Seharusnya kita tawarkan yang lebih baik. Dengan membuat tawaran potongan harga sebagai contoh, akan lebih menarik pelanggan memdapatkan produk yang kita tawarkan.
Perniagaan Konvensional atau Internet?
Konvensional membawa maksud kebiasaan. Dalam konteks ini kita takrifkan sebagai perniagaan yang selalu dan sering dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh, kedai makan yang memang popular dikalangan kaum Melayu yang mahu berniaga. Dengan membuka lagi satu kedai makan, kita telah dikategorikan sebagai mengikut perniagaan konvensional.
Sebagai yang telah disarankan PM kita, kita perlu berfikir diluar kotak. Maknanya, kita jangan lagi berfikiran seperti kaum sebelum kita. Kita perlu melawan arus. Meelawan arus kebiasaan. Internet telah memberi peluang kepada kita untuk berkembang maju ke hadapan.
Perniagaan konvensional memerlukan sebuah kedai, manakala internet hanya perlukan sebuah komputer, jaringan internet dan sedikit kepakaran dicampur dengan semangat yang tinggi dan keyakinan yang berlipat kali ganda.
Tanpa perlukan pekerja. Andalah bos, anda jugalah pekerja. Segala keuntungan masuk ke poket anda sendiri.
Nak Berniaga?
Assalamualaikum… Apa khabar semua? Ramai anatara kita yang terlalu suka mencabar diri sendiri. Apa kata kali ini saya ‘cabar’ anda untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Tak kisah apa jenis perniagaan yang anda mahu lakukan. Kerana Rasul kita pernah mengatakan 99 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Yang 1 itu adalah dengan bekerja makan gaji. Tidak pula dinyatakan dengan duduk saja kita akan mendapat kekayaan dan kesenangan.
Saya sedang cuba untuk memajukan diri saya dengan menceburkan diri dalam bidang bisnes internet. Mari, sama-sama kita cabar diri kita.
Kenapa Internet?
Kenapa internet? Sedangkan banyak cara untuk berniaga?
Memang ada pelbagai cara dan semuanya berbeza. Saya memilih internet kerana produk yang ingin saya pasarkan memang sesuai untuk dipasarkan melalui medium internet. Lagipun, melalui internet semuanya boleh dilakukan dirumah (kecuali urusan penghantaran dan pencarian produk).
Sesuai dengan diri saya yang bekerja tetap di sebuah universiti penyelidikan di Malaysia, saya perlukan satu cabang perniagaan yang tidak memerlukan saya banyak keluar. Maklum sajalah kerja dengan orang.
Berbalik kepada internet, saya memilih medium ini berikutan pengguna internet yang semakin meningkat sekarang ini. Pengguna internet seluruh dunia melebihi 8 juta. Di Malaysia, anda sendiri boleh bayangkan. Jadi, dengan pengguna internet seramai itu takkan semua mahu bersusah payah membeli barang diluar? Perlu berjalan kaki, habiskan banyak masa dan tenaga.
Di Malaysia sekarang ini dah ada yang jadi jutawan hanya dengan duduk dirumah dan menjalankan urusan perniagaan melalui internet sahaja. Kenapa kita tidak mahu mengikuti jejak langkah yang baik ini?



